DUBAI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu menyaksikan majlis pemeteraian dan pertukaran sembilan memorandum di antara syarikat Malaysia dengan rakan perniagaan antarabangsa yang diadakan di sini.
Majlis pemeteraian dan pertukaran berkenaan melibatkan lima Memorandum Persefahaman (MoU), dua Memorandum Eksplorasi Perniagaan (MOBE), selain satu Memorandum Perjanjian (MoA) dan satu Surat Hasrat (LOI).
Perdana Menteri dalam ucapannya pada Majlis Apresiasi Ekspo 2020 Dubai berkata, beliau amat berbangga kerana Malaysia telah mengadakan libat urus dengan begitu ramai rakan kongsi yang bersedia untuk menyertai Malaysia dalam mewujudkan dunia yang lebih baik.
"Saya yakin hubungan yang dibangunkan di sini akan membawa kepada pelbagai potensi baharu dalam pemulihan global yang berterusan dan pertumbuhan yang mampan," katanya.
MoU antara Masdar dan Ranhill Utilities Bhd adalah bagi cadangan penyahkarbonan industri elektrik di Malaysia, manakala MoU melibatkan Perbadanan PR1MA Malaysia dan Sany Construction Industry Development (M) Sdn Bhd adalah bertujuan menyediakan perumahan mampu milik yang cepat dan berkualiti kepada kumpulan M40 melalui penggunaan teknologi sistem binaan berindustri (IBS) Sany.
MoU melibatkan AK International LLC dan European Wellness Academie (Asia Pacific) Sdn Bhd bertujuan menubuhkan pusat kecemerlangan berasaskan halal yang pertama di dunia bagi perubatan dan pendidikan boleh jana semula biologi di Malaysia.
Turut dimeterai adalah MoU bagi menghasilkan pembuatan suplemen dan terapeutik biofarma halal yang pertama di dunia dan membangunkan rangkaian pelancongan kesejahteraan dipacu digital berkonsepkan halal yang pertama di dunia, di antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia.
MoU di antara Pharmaniaga Manufacturing Bhd (PMB) dengan Prime Medical Store LLC akan menjadi asas untuk mewujudkan rangka kerja yang akan memberikan hak eksklusif kepada Prime Medical untuk mendaftar, mengimport, mempromosi, memasarkan, menjual dan mengedar produk farmaseutikal PMB di UAE.
Turut ditandatangani adalah MoU melibatkan Hortman Clinics dan Covid Medicare on Support Incorporation untuk membeli dan memasarkan produk yang dinamakan Immuno X Booster.
Sementara itu, turut dimeterai adalah MOBE di antara UEM Edgenta Bhd dengan syarikat pemula niaga teknologi kewangan (fintech) berpangkalan di Dubai, Byte Blanket, selain UEM Edgenta dengan Disrupt-X (satu lagi syarikat pemula niaga fintech di Dubai), yang mana kedua-dua MOBE tersebut bertujuan membina bandar pintar yang mampan.
MoA antara TWL Holdings Berhad dan Tatra Investment LLC melibatkan perancangan kedua-dua syarikat untuk membentuk kerjasama strategik dalam sektor penjagaan kesihatan bagi memperoleh, mengimport, membekal dan mengedar produk farmaseutikal perubatan di Malaysia dan Asia Tenggara.
Selain itu, LOI dimeterai oleh Pure Harvest dari UAE dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara Malaysia (NCIA) bagi mendapatkan bantuan kemudahan pelaburan di Malaysia menerusi Zon Ekonomi Koridor Utara (NCER).
Pemeteraian MoU terbabit turut disaksikan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022
Majlis pemeteraian dan pertukaran berkenaan melibatkan lima Memorandum Persefahaman (MoU), dua Memorandum Eksplorasi Perniagaan (MOBE), selain satu Memorandum Perjanjian (MoA) dan satu Surat Hasrat (LOI). - Bernama
AWANI Ringkas: Selepas tiga hari SAR, mayat pemancing hilang ditemukan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.